Nov

24

Pengenalan Blog

Posted by : lynn | On : November 24, 2015

Pengenalan Blog
Blog merupakatan singkatan untuk web blog dalam bahasa Inggeris. Ianya merupakan sebuah laman web yang kemasukkannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan susunan/tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik atau berita tempatan dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog.
Kebanyakkan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3) atau audio (podcasting) dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah “blog” merupakan singkatan perkataan “web” dan “blog” (Web Blog). “Blog” juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian “untuk memelihara atau menambah isi kandungan ke dalam blog”.

Langkah-langkah asas membina blog
1- Pilih topik/tema blog anda
2- Pilih platform blog
- Hosted : www.wordpress.com www.blogspot.com
- Sel Hosted : www.wordpress.org
3- Pilih penyedia domain dan hosting
4- Tentukan nama domain
5- Cara install self-hosted blog di platform WordPress

Hosted Blog
1- Daftar akaun
2- Dashboard WordPress
3- Nama blog, pilihan bahasa dll – setting blog
4- Ubah Theme blog
5- Tambah plugin
6- Buat post baru

Kelebihan membina blog
1- Memberi informasi
2- Berkongsi pengalaman terutama yang banyak merantau jauh
3- Berkongsi hobi – mengumpul resepi
4- Travelling blog – hobi melancong
5- Diari harian secara online
6- Blogshop – trend terkini
7- Membina blog untuk perkembangan anak-anak

Tips Berjaya Menulis Blog
1- Memilih tema dengan niche menarik dan dicari dan fokus – branding lama dan trust
2- Rangka Strategi Content yang baik tulis artikel yang benar-benar selesaikan/bantu masalah – gambar video
3- Perbezaan cara penulisan tidak perlu jadi yang terbaik tapi jadi yg berbeza
4- Konsisten dan tidak kenal erti putus asa blog akan mempunyai nilai di search engine
5- Mutu/gaya penulisan
6- Berinteraksi dengan pembaca
7- Strategi promosi
8- Memiliki Blog bermakna kita rajin menulis dan akan banyak update yang dilakukan diblog, maka kenalan kita akan bertambah ramai dan mereka akan sentiasa mencari kita untuk dapatkan info terkini
9- Rajin menulis bermakna kita rajin membaca dengan membaca akan terbit banyak idea untuk menulis blog
10- Sumber infomasi – kongsi 10 tips


Cara Asas Promosi Blog

1-Link posting ke blogger terkenal
2- Link ke media sosial – Fanpage blog : Facebook, Twitter, Google, IG
3- Buat contest cepat naikkan ranking blog
4- Rajin balas komen dan blogwalking

 

Contoh-contoh Blog :
1- Blog niche WAHM : www.norazlina.com
2- Blog resepi : www.jintanmanis.com www.wanitaniaga.com/resepi
3- Blogshop : www.sutraspray.com
4- Blog Informasi Kereta : www.paultan.org

 

Facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

* Copy this password:

* Type or paste password here:

1,722 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress