Nov

24

Posted by : lynn | On : November 24, 2015

Pengenalan Blog
Blog merupakatan singkatan untuk web blog dalam bahasa Inggeris. Ianya merupakan sebuah laman web yang kemasukkannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan susunan/tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik atau berita tempatan dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog.
Kebanyakkan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3) atau audio (podcasting) dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah “blog” merupakan singkatan perkataan “web” dan “blog” (Web Blog). “Blog” juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian “untuk memelihara atau menambah isi kandungan ke dalam blog”.

Langkah-langkah asas membina blog

Continue Reading

Oct

01

Posted by : lynn | On : October 1, 2015

Assalamualaikum

20 TIPS atau Formula Asas Berjaya Menjual Produk
—————————————-
? Semak checklist berikut :
1- Daftar sebagai Ejen/Stokis yang sah
2- Selepas mendaftar bersedia dan berlapang dada untuk pelajari dan dalami ilmu asas produk
3- Kumpul semua bahan-bahan seperti gambar dan testimoni
4- Join group-group support yang disediakan. Aktif dalam perbincangan
5- Bina keyakinan untuk mula mempromosikan produk dengan pelajari ilmu pemasaran dan IT
6- Ikut semua panduan dan arahan yang diminta oleh syarikat
7- Amalkan apa yang dipelajari setiap hari tanpa perlu disuruh
8- Rancang aktiviti pemasaran dan target market anda untuk sehari, seminggu, sebulan dan setahun
9- Sediakan website anda dengan segera kerana ianya merupakan nadi kejayaan anda dalam memasarkan produk di zaman IT ini
10- Daftar akaun-akaun percuma di Sosial Media seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan Google+
11- Wujudkan Fanpage Khas untuk produk (sila rujuk saya)
12- Aktif update status anda di Fanpage dan Personal Page Facebook sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan info yang bermanfaat (sila rujuk di group ada banyak cara yang diajar)
13- Juga update di Instagram, Twitter dan Google+ untuk info yang sama
14- Sediakan video-video mudah di Youtube
15- Pelajari teknik closing sale (sila hubungi saya)
16- Pelajari ilmu penyelenggaraan website (sila hubungi saya)
17- Berkomunikasi dan selalu bertukar pendapat dengan rakan pengedar lain (aktif di group)
18- Sentiasa panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah swt atas rezeki yang dikurniakan dan solat di awal waktu
19- Sentiasa berfikiran positif dalam melakukan pemasaran khususnya dalam menjawab semua soalan bakal pelanggan dan pelanggan setia anda. Layan mereka sebaik mungkin. Niatkan dalam hati untuk membantu mereka dan berkongsi maklumat
20- Sentiasa kekalkan momentum anda dalam perniagaan dan pemasaran agar sentiasa bersemangat dan berkobar-kobar untuk sampaikan manfaat produk kepada mereka yang ramai memerlukan di luar sana

Anda Hebat Anda Berjaya!
Jumpa di Tangga Kejayaan!

Pn Norazlina Ramdzan
Wanita Niaga www.wanitaniagamall.com
SUTRA Essential www.sutraessential.com.my
IQ Hoster www.iqhoster.com

Sep

26

Posted by : lynn | On : September 26, 2015

TYT :
- Tahu
- Yakin
- Tanggungjawab
3 kata kunci kejayaan.
Semoga kesungguhan, kerajinan, kebijaksanaan dan kejayaan beliau terus menjadi contoh dan sumber inspirasi. Ikuti catatan En Mohd Khairil Said di sini.

Feb

07

Posted by : lynn | On : February 7, 2014

Apakah PERNIAGAAN INTERNET ?
Perniagaan internet bermaksud  sebuah perniagaan yang dijalankan sepenuhnya secara online dengan menggunakan internet sebagai pengantara atau penghubung di antara peniaga dan pembeli. Secara umumnya perniagaan internet dan perniagaan offline/cara biasa adalah sama konsepnya cuma perbezaan paling ketara adalah platform yang digunakan. Perniagaan internet menjadi pilihan ramai ketika ini kerana ciri-ciri dan keistimewaan yang ada pada sesebuah perniagaan internet.

Continue Reading

Feb

01

Posted by : lynn | On : February 1, 2014

Saya agak sibuk sedikit minggu ini dan tidak sempat lagi menyambung penulisan saya mengenai pentingnya membina website walaupun anda hanya berniaga dari rumah. Post kali ini saya hanya kongsikan artikel menarik yang saya ada tulis di blog WN Web Design mengenai Bagaimana Membina Kedai Online Melalui BigCommerce. 

Continue Reading